Salam1 Malaysia buat pembaca blog dan murid-murid cikgu sekalian.
Untuk sesi yang kedua ini, Cikgu akan memperjelaskan mengenai KATA KERJA.
Untuk sesi yang kedua ini, Cikgu akan memperjelaskan mengenai KATA KERJA.
KK ialah
perkataan yang menjadi inti dalam binaan frasa kerja.
Mari kita lihat contoh ayat ini :-
Subjek
|
Predikat
|
Ahmad
|
sedang menjahit jala
|
Bagi binaan frasa kerja, iaitu sedang
menjahit jala, perkataan menjahit (KK) adalah menjadi inti.
Frasa kerja pula wajib mempunyai KK
yang boleh disertai unsur lain seperti
kata bantu, objek, pelengkap, ayat
komplemen (bahawa, untuk) dan keterangan.
Contohnya dalam ayat tadi, perkataan menjahit perlu diikuti dengan perkataan
jala yang berfungsi sebagai objek.
Selain itu perkataan sedang juga boleh
hadir sebagai kata bantu (aspek).
Penggolongan KK
Secara
mudah KK boleh dibahagikan mengikut carta di bawah:
Apa itu KK Transitif (KKT)?
KKT ialah KK yang memerlukan objek untuk menyempurnakanmaksud
ayat. Objek wajib terdiri daripada kata nama.
KKT terbahagi dua bahagian iaitu:
Untuk lebih memahami tentang KKT, mari kita lihat pernyataan di bawah ini:
Untuk lebih memahami tentang KKT, mari kita lihat pernyataan di bawah ini:
- kata kerja yang berawalan men... (Cth : membaca, mencari)
- kata kerja yang berapitan men…..kan (Cth : menyanyikan, membesarkan)
- kata kerja yang berawalan meng…(Cth : membanjiri, menghadiahi)
- kata kerja yangberapitan memper….kan(Cth:memperhatikann mempergunakan)
- kata kerja yang berawalan rangkap memper …(Cth : memperdaya, memperoleh)
Sekarang, mari kita lihat pula jadual di bawah yang menunjukkan mengenai penggunaan KKT Aktif dan KKT Pasif:
sumber : tutor.com |
Semua kata
kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men-
Contoh:
Salah
|
Betul
|
buang sampah
|
membuang
sampah
|
goreng ikan
|
menggoreng ikan
|
Perlu cikgu
ingatkan bahawa Kata Kerja Transitif yang berapitan men…kan dan men…i mempunyai berbagai-bagai maknanya. Oleh itu, ia
mestilah digunakan dengan berhati-hati.
Sebagai
pemahaman yang lebih jelas mengenai penggunaan KKT, lihat contoh ayat di bawah:
Salah
|
Betul
|
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.
|
Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.
|
Baginda mengurniakan beliau bintang
kebesaran.
|
Baginda
mengurniai beliau bintang kebesaran.
|
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan
penjara.
|
Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
|
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik
Taiping.
|
Sampah sarap
mengotori Taman Tasik Taiping.
|
Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
|
Yatie menasihati saya agar rajin belajar.
|
sumber di sini
Apa itu KK Intransitif?
Setelah mengetahui mengenai KKT, mari kita mempelajari pula KK Intransitif.
Kata kerja
intarnsitif terbahagi kepada:
- Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
- Kata kerja yang berawalan ber- (Cth : beradu, beroda, belajar dsb.)
- Kata kerja yang berapitan ber…an (Cth : berdekatan, berguguran )
- Kata kerja yang berapitan ber…kan (Cth : berpandukan, berlandaskan)
- Kata kerja yang berawalan men- (Cth : melompat, mendarat, membesar)
- Kata kerja yang berawalan ter- (Cth : tertidur, terjatuh, terjumpa)
6. Kata kerja intransitif yang berawalan
ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya.
Contoh:
Salah
|
Betul
|
tanya kepada
Hamidah
|
bertanya kepada Hamidah
|
jangan lompat
|
jangan melompat
|
senyum kepada
Kartina
|
tersenyum kepada Kartina
|
Baiklah. Setakat ini dahulu buat kali ini. Harapan saya agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Kepada murid-murid yang masih belum begitu memahami mengenai topik ini, jangan malu-malu untuk bertanya kepada guru anda, atau boleh saja terus tanya pada Cikgu Odah di ruangan komen di bawah.
Salam sayang buat semua.
hi i am ms.odah any thing want to share.
BalasPadamSalam1 Malaysia for blog readers and teachers' students.
BalasPadamFor this second session, Teacher will explain about VERBS.
What is a Verb (KK)?
KK is the word that is the core in the construction of working phrases.
Let's look at an example of this verse:-
Subject
Predicate
Ahmad |
is sewing nets
For the construction of the working phrase, that is, sewing the net , the word sew (KK) is the core.
The working phrase must have KK that can be accompanied by other elements such as
auxiliary words, objects, complements, complement sentences (that, for) and adverbs.
For example in the previous sentence, the word sew should be followed by the word mesh which serves as an object.
In addition, the word sedang can also be present as an auxiliary word (aspect).
Classification of KK
In simple terms, KK can be divided according to the chart below:
What is KK Transitive (KKT)?
KKT is KK that requires an object to complete the meaning of a sentence. Mandatory objects consist of nouns.
KKT is divided into two parts, namely:
To better understand about KKT, let's look at the statement below:
verbs beginning with ... ( Ex: read, search)
conjugated verbs men … ..kan ( Ex: sing, raise)
verbs starting in ... ( eg flooding, gifted)
verb yangberapitan alike ... .KAN ( eg memperhatikann rights)
verbs beginning with the compound memper … ( Ex: deceive, obtain)
Now, let's look at the table below which shows the use of Active KKT and Passive KKT:
source: tutor.com
All transitive verb (except food, drink, pray and beg) must be prefixed kudondoa
Example:
Wrong
That's right
Get rid of the trash
throw out the trash
fried fish
frying fish
It should be reminded that the teacher Transitive Verbs halving that men ... right and men ... i have a variety of meanings. Therefore, it must be used with caution.
For a clearer understanding of the use of KKT, see the example sentences below:
Wrong
That's right
Hafizuddin gave Seha a flower.
Hafizuddin gave Seha a flower.
He bestowed on him a star of greatness.
He bestowed on him a star of greatness.
The judge sentenced the thief to a month in prison.
The judge sentenced the thief to a month in prison.
Garbage pollutes Taiping Lake Park.
Garbage litter Taiping Lake Park.
Yatie advised me to study hard.
Yatie advised me to study hard.
source here
What is KK Intransitive?
After knowing about KKT, let's also learn KK Intransitive.
Intrinsitive verbs are divided into:
Original verbs such as there, get up, sit down , and so on.
Verbs beginning with- ( Ex: berudu, beroda, belajar etc.)
Verb halving that the air ... an ( eg proximity, falling)
Conjunctive verbs ber … kan ( Ex: guided, based)
Verbs beginning with men- ( Ex: jump, land, grow)
Verbs beginning with ter- ( Ex: asleep, fall, stumble)
i tell you all
BalasPadam