Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Bertemu lagi kita dalam ruangan maya ini.
Pada entry kali ini, saya akan mengutarakan mengenai pengertian Peribahasa. Topik ini saya pilih kerana ia merupakan salah satu daripada tugasan kami pada semester kali ini. Jadi, segala dapatan yang telah saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan tersebut, akan saya kongsikan disini.
Saya akan pecahkan topik ini kepada tiga bahagian untuk mempermudahkan penyampaian maklumat. Jadi, untuk bahagian pertama ini,saya hanya menghuraikan definisi peribahasa. Bahagian kedua akan menyusul mengenai jenis peribahasa. Manakala bahagian yang terakhir akan menjelaskan mengenai maksud yang tersirat dalam sesebuah peribahasa.

Definisi:
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang
pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak
perkataannya.
Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa
seperti berikut:
- Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan (pepatah).
- Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan
- Lidah pendeta
Namun ada juga yang membahagikan peribahasa seperti
berikut:
- Simpulan bahasa
- Perumpamaan
- Bidalan
- Pepatah atau Perbilangan
Walaubagaimanapun, dua jenis perlambangan di bawah tidak dikategorikan sebagai peribahasa iaitu:
- Kiasan
- Metafora
Definisi Peribahasa
1. Dewan Bahasa dan Pustaka (Persuratan Melayu)
Menurut definsi yang dihuraikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Peribahasa boleh dijelaskan sebagai ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah.

Maksud susunan kata peribahasa
tidak boleh diterjemahkan perkataan demi perkataan. Sebaliknya, susunan kata
tersebut mempunyai maksud tertentu.
Contoh:
Bertanam tebu di pinggir bibir.
2. Luqman Ariffin& Abu Khair
Atan :
mengatakan bahawa Peribahasa-mencerminkan ketajaman, renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling.
mengatakan bahawa Peribahasa-mencerminkan ketajaman, renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling.
Contoh :
3. Sulaiman Zakaria
mendefinisikan Peribahasa sebagai jalan untuk menyampaikan sesuatu maksud secara halus.
mendefinisikan Peribahasa sebagai jalan untuk menyampaikan sesuatu maksud secara halus.
Contoh :
4. Wan Abdullah Ali, Naemah Mohd
Ashari& dan Za'ba
mendefiniskan peribahasa sebagai ayat yang mengandungi susunan kata yang pendek dan indah, mempunyai kebenaran dan membawa makna yg luas.
mendefiniskan peribahasa sebagai ayat yang mengandungi susunan kata yang pendek dan indah, mempunyai kebenaran dan membawa makna yg luas.
Contoh:
5. G.Soosai pula
menterjemahkan bahawa Peribahasa adalah bahasa halus yang mengandungi kata-kata
sindiran tajam yang lekas berkesan di dalam jiwa.
Contoh:
kredit gambar di sini |
6. Asmah
Hj Omar
mengatakan
bahawa peribahasa merupakan cara orang Melayu memberi nasihat tanpa melukakan
hati seseorang.
Contoh:
Kredit gambar di sini. |
7. Annas
Haji Ahmad turut
membahaskan mengenai Peribahasa. Beliau mengatakan bahawa Masyarakat Melayu lama menggunakan
peribahasa dalam segala lapangan hidup.
Sifat, perwatakan dan nilai sesuatu
masyarakatdapat disampaikan melalui peribahasa.
.
Kesimpulan
Berdasarkan definisi yang dijelaskan di atas, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa Peribahasa merupakan salah satu seni percakapan yang dicipta oleh nenek moyang kita yang mengandungi maksud yang jelas serta kebenaran yang jitu berdasarkan pemerhatian mereka.Peribahasa juga dapat
menyembunyikan kata-kata yang kasar seperti sindiran dan kekasaran yang
diselimuti dengan kata-kata halus yang berkesan. Dengan ini fahamlah kita akan
kekayaan dan keindahan alam peribahasa Melayu.
(Perkongsian ilmu bersama Tutor.com dan di sini.)
(Perkongsian ilmu bersama Tutor.com dan di sini.)
assalam..saya mohon share bahan di blog saya. Terima Kasih
BalasPadamAs salam.
BalasPadamterima kasih banyak atas perkongsian ilmu ini,moga Allah akan sentiasa memberkati hidup puan sekeluarga,in sha Allah.
terima kasih semua kerana menolong kami dalam pencarian rezeki
BalasPadam