Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Ini adalah bahagian ketiga yang membincangkan mengenai topik Peribahasa. Dalam bahagian ini, saya akan memberikan maksud tersirat yang terkandung dalam peribahasa.
Sebagai memulakan topik kali ini, sukalah saya agar anda semua dapat meluangkan sedikit masa menonton video ini. Video ini mempunyai kaitan yang sangat kuat dalam contoh pertama peribahasa yang akan saya utarakan sebentar nanti.
1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Sudah tonton? Kalau sudah, pastilah anda semua dapat memahami akan maksud tersirat di sebalik peribahasa di bawah ini.
2. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Ha...bagaimana para pembaca blog sekalian? Sesuai tak video tadi untuk menjelaskan maksud peribahasa yang diberikan?
Namun, saya tidaklah dapat mencari video yang sesuai untuk semua peribahasa yang akan terus saya jelaskan selepas ini. Ia hanyalah sekadar contoh yang dapat saya kongsikan bersama.
Suatu waktu dulu, anak saya yang berada di tahun 4 pernah bertanya; "Mengapa subjek BM sangat membosankan, mama?"
Saya agak terkejut dengan pertanyaan itu. Lalu saya pun meminta anak saya untuk menjelaskan maksud pertanyaannya dengan lebih jelas lagi. Hasil daripada perbincangan itu kemudiannya menjadi idea kepada saya untuk membuat kajian tindakan yang juga merupakan salah satu daripada tugasan kami pada semester ini. Insya Allah, kalau ada kelapangan, saya akan memuatnaik hasil kajian tindakan itu dalam blog ini.
Rentetan daripada pertanyaan itu juga, saya mulai bermuhasabah diri dan cuba memperbaiki mutu PDP saya. Saya adalah seorang yang berpandangan positif. Oleh itu, saya menganggap teguran ataupun pertanyaan itu sebagai satu cabaran untuk saya mencari variasi dalam kaedah PDP saya. Salah satu usaha yang untuk memperbaiki proses PDP saya ialah dengan membuat BBB yang kreatif dan berwarna-warni untuk menarik minat murid mempelajari subjek BM. Saya juga menggunakan bahan IT untuk menambah pemahaman murid, contohnya seperti menggunakan video di atas semasa sesi induksi.
Tidak dinafikan semua ini sangat memenatkan. Tapi saya merasa sangat gembira bila hasilnya begitu memberansangkan. Anak saya, yang kini sudah berada di tahun 5 juga melihat semua usaha saya sebagai suatu dimensi perubahan yang progresif. Tiada lagi sesi PDP yang tepu dan membosankan. Saya juga sedar apabila guru terlalu menumpukan perhatian pada aspek tatabahasa, karangan atau
menekankan cara bertutur dengan baik dan betul kepada pelajar, subjek Bahasa
Melayu akan menjadi satu subjek yang membosankan dan tidak menarik.
Terima kasih kepada anak saya Nazir yang begitu jujur dalam pendapatnya sekaligus menjadi inspirasi bagi saya.
Eh...maaf. Saya sudah terlebih bicara. Bukankah topik ini seharusnya kita membincangkan mengenai peribahasa dan maksud? Mungkin saya terpaksa sambung pada entry seterusnya.
Jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan