RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN
PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 4 Lestari
Tarikh : 22.03.2013 (Selasa)
Masa : 7.10-7.40 (30minit)
Bil Murid : 20
orang
Tema : Kesenian
Pengetahuan Sedia ada murid :
-
Murid sudah tahu dan pernah
memakai kain songket.
-
Murid sudah belajar tentang
kata nama am, kata nama khas, kata ganda, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Hasil
Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat ;
1)
Membaca teks petikan dengan
intonasi dan tanda baca yang betul.
2)
Menjawab sekurang-kurangnya 4
daripada 5 soalan pemahaman dengan betul.
3)
Menulis sekurang-kurangnya dua
ayat tunggal dan 2 ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberikan.
4)
Menyatakan sekurang-kurangnya 4
kata nama khas, 4 kata nama am dan 4 kata ganda berdasarkan teks petikan.
Fokus
utama :
5.1 Aras 3 (i) – Membaca petikan dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
Fokus
sampingan :
5.2
- Aras 3 (ii)- Menjawab soalan
pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
8.2 - Aras
II (i) – Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
Sistem bahasa : Kata Nama Am, Kata Nama Khas,
Kata Ganda.
Pengisian ilmu : Kajian Tempatan
Nilai Murni
i)
Kerajinan
ii)
Kerjasama
Unsur Patriotisme : Menghargai warisan budaya tempatan.
BBB
i) kain songket
ii) Petikan
iii) Kad manila
iv) Lembaran kerja
Masa / Langkah
|
Isi kandungan
|
Aktiviti pengajaran
dan pengajaran
|
Catatan
|
|
Set Induksi
(5 minit)
|
-Benda maujud kain songket
|
Aktiviti guru
|
Aktiviti murid
|
BBB
Kain songket
|
-Guru meminta murid mempamerkan kain songket yang telah dipesan oleh guru pada
minggu lalu.
-Guru memberi penerangan sambil bersoal jawab
mengenai pengetahuan sedia ada murid tentang kegunaan kain songket.
|
-Murid mempamerkan kain songket masing-masing.
-Meneliti keunikan tenunan songket.
-Murid mendengar dan memberi tindak balas kepada
guru.
|
|||
Langkah I
(10 minit)
|
Teks petikan
bertajuk :
Kain Songket.
-Membaca teks petikan dengan intonasi dan sebutan
yang betul.
|
-Guru mengaitkan kain songket dengan pelajaran yang
hendak disampaikan.
-Guru meminta beberapa orang murid membacakan teks
petikan.
|
-Mendengar dan memberi perhatian terhadap penerangan
guru.
-murid membaca petikan dengan intonasi dan sebutan
yang betul.
-Murid lain memberi perhatian sambil menyemak teks
petikan.
|
BBB
-Teks petikan
-Bacaan
|
Langkah 2
(3 Minit)
|
-Bersoal jawab.
|
-Guru meminta murid menjawab beberapa soalan
berdasarkan teks petikan.
|
-Murid menjawab secara lisan.
|
-Lisan
|
Langkah 3
(8 Minit)
|
-Berbincang dalam kumpulan.
1-Membina ayat tunggal/majmuk.
2-Kata Nama Kkas.
3-Kata Nama Am.
4-Kata Ganda.
|
-Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan.
-Guru mengedarkan kad manila untuk mencatat hasil
kerja
kumpulan.
-Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan
mengikut tajuk masing-masing.
|
-Murid berbincang dalam kumpulan dan mencatat hasil perbincangan
mengikut tajuk yang diberi.
|
BBB
-Kad Manila
-Menjana idea
|
Langkah 4
(7 Minit)
|
-Pembentangan hasil kerja kumpulan.
-Mengulas
kerja murid.
|
-Guru meminta ketua/wakil setiap kumpulan untuk
membentangkan hasil kerja kumpulan.
-Guru mengulas hasil kerja murid sambil memberi
pujian kerana memberi kerja sama dalam kumpulan untuk menghasilkan tugasan
kumpulan dengan baik.
|
-Murid
melantik wakil dalam kumpulan untuk
membentang hasil perbincangan.
-Murid mendengar dan memberi perhatian.
|
-kemahiran mendengar.
|
Langkah 5
-Penutup
(2 Minit)
|
-Rumusan isi pelajaran.
-Penerapan nilai murni :
I Kerajinan
2 kerja sama
-
|
-Guru merumus isi pelajaran yang baru disampaikan
dan mengaitkannya dengan nilai-nilai murni.
-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap
individu sebagai kerja rumah.
|
-Murid menyatakan beberapa nilai murni melalui
petikan tadi.
-Murid mengambil lembaran kerja tersebut untuk
disiapkan di rumah.
|
BBB
-Lembaran kerja.
Pengukuhan
|
l
Assalamua'alaikum .. teruskanlah usaha cikgu dalam perkongsian ilmu yang bermanafaat ini..
BalasPadam