Peribahasa (I)


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. 

Bertemu lagi kita dalam ruangan maya ini. 

Pada entry kali ini, saya akan mengutarakan mengenai pengertian Peribahasa. Topik ini saya pilih kerana ia merupakan salah satu daripada tugasan kami pada semester kali ini. Jadi, segala dapatan yang telah saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan tersebut, akan saya kongsikan disini. 

Saya akan pecahkan topik ini kepada tiga bahagian untuk mempermudahkan penyampaian maklumat. Jadi, untuk bahagian pertama ini,saya hanya menghuraikan definisi peribahasa. Bahagian kedua akan menyusul mengenai jenis peribahasa. Manakala bahagian yang terakhir akan menjelaskan mengenai maksud yang tersirat dalam sesebuah peribahasa. 



Apa itu Peribahasa?

Definisi:

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa seperti berikut:
  • Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan (pepatah).
  • Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan
  • Lidah pendeta
Namun ada juga yang membahagikan peribahasa seperti berikut:
  • Simpulan bahasa
  • Perumpamaan
  • Bidalan
  • Pepatah atau Perbilangan


Walaubagaimanapun, dua jenis perlambangan di bawah tidak dikategorikan sebagai peribahasa iaitu:

  • Kiasan
  • Metafora


Definisi Peribahasa


1. Dewan Bahasa dan Pustaka (Persuratan Melayu)

Menurut definsi yang dihuraikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Peribahasa boleh dijelaskan sebagai ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah. 


Maksud susunan kata peribahasa tidak boleh diterjemahkan perkataan demi perkataan. Sebaliknya, susunan kata tersebut mempunyai maksud tertentu.

Contoh
Bertanam tebu di pinggir bibir.


2. Luqman Ariffin& Abu Khair Atan :
mengatakan bahawa Peribahasa-mencerminkan ketajaman, renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling.

Contoh : 



3. Sulaiman Zakaria 
mendefinisikan Peribahasa sebagai jalan untuk menyampaikan sesuatu maksud secara halus.

Contoh : 



4. Wan Abdullah Ali, Naemah Mohd Ashari& dan Za'ba 
mendefiniskan peribahasa sebagai ayat yang mengandungi susunan kata yang pendek dan indah, mempunyai kebenaran dan membawa makna yg luas.

Contoh:


5. G.Soosai pula menterjemahkan bahawa Peribahasa adalah bahasa halus yang mengandungi kata-kata sindiran tajam yang lekas berkesan di dalam jiwa.

Contoh:
kredit gambar di sini


6. Asmah Hj Omar 
mengatakan bahawa peribahasa merupakan cara orang Melayu memberi nasihat tanpa melukakan hati seseorang.

Contoh:

Kredit gambar di sini.


7. Annas Haji Ahmad turut membahaskan mengenai Peribahasa. Beliau mengatakan bahawa Masyarakat Melayu lama menggunakan peribahasa dalam segala lapangan hidup.

Sifat, perwatakan dan nilai sesuatu masyarakatdapat disampaikan melalui peribahasa.

Contoh:


Kredit di sini
.


Kesimpulan

Berdasarkan definisi yang dijelaskan di atas, dapatlah kita simpulkan di sini bahawa Peribahasa merupakan salah satu seni percakapan yang dicipta oleh nenek moyang kita yang mengandungi maksud yang jelas serta kebenaran yang jitu berdasarkan pemerhatian mereka.Peribahasa juga dapat menyembunyikan kata-kata yang kasar seperti sindiran dan kekasaran yang diselimuti dengan kata-kata halus yang berkesan. Dengan ini fahamlah kita akan kekayaan dan keindahan alam peribahasa Melayu.




(Perkongsian ilmu bersama Tutor.com dan di sini.)










3 ulasan

Cikgu Kalsom
12 Jun 2014 pada 12:13 PG

assalam..saya mohon share bahan di blog saya. Terima Kasih

Imran Ishak
3 Julai 2014 pada 9:44 PG

As salam.
terima kasih banyak atas perkongsian ilmu ini,moga Allah akan sentiasa memberkati hidup puan sekeluarga,in sha Allah.

bbyhana
15 Jun 2017 pada 7:58 PTG

terima kasih semua kerana menolong kami dalam pencarian rezeki

Catat Ulasan